Laguku

Monday 10 December 2012

Info Palestin

Isnin , 10-12-2012 - Sebuah rumah di kejiranan Tur dekat Wilayah diduduki, Baitulmuqaddis telah dirobohkan oleh sebuah jentolak tentera Israel, pada pagi Selasa atas alasan ia dibina tanpa permit dan telah memukul jurugambar Jerusalemite ketika sedang membuat liputan tentang kejadian tersebut.
Sumber tempatan memberitahu pemberita di kota suci tersebut, bahawa jentolak milik Majlis Perbandaran Israel di Baitulmuqaddis telah merobohkan banggunan dua tingkat yang berkeluasan 90 meter persegi, milik Mohammed Abu Hawa yang dikatakan dibina tanpa permit.
Sumber tersebut menyatakan pertempuran tercetus semasa proses merobohkan banggunan tersebut diantara penduduk tempatan dan tentera Israel yang mengiringi jentolak tersebut, namun tiada kecederaan dan tangkapan dilaporkan.

No comments:

Post a Comment